SMK. Ketereh terletak kira-kira 20km dari pusat bandar Kota Bharu. Nama SMK. Ketereh diambil sempena nama buah gajus atau nama saintifiknya 'anacadium occidantale'. Dalam bahasa daerahnya buah ini dikenali sebagai 'buah ketereh'
Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh mempunyai premis dan suasana pesekitaran yang ceria dan kondusif sebagai tempat menjana pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat melahirkan satu suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan dan seterusnya dapat meningkatkan kecemerlangan para pelajar.
Prasarana yang lengkap dan selesa serta selamat merupakan medium dalam usaha membantu pihak sekolah meningkatkan proses dan amalan pendidikan. Sekolah ini memiliki sumber tenaga akademik dan staf sokongan yang mempunyai semangat bekerja yang tinggi tanpa mengira batas waktu telah memberi ruang kepada sekolah ini terus meningkat maju dari setahun ke setahun.
Tahap disiplin yang baik dalam kalangan pelajar secara keseluruhannya membantu sekolah melaksanakan pelbagai program akademik dan bina insan yang berterusan Pihak sekolah mendapat sokongan yang padu daripada pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan, separa kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) telah memantapkan lagi program-program yang dilaksanakan di sekolah ini melalui sumbangan kewangan, sumber, kepakaran mahupun idea.
by
zizie
ANTARA AKTIVITI TAHUN 2009
by
zizie
ANTARA AKTIVITI TAHUN 2009
No comments:
Post a Comment