Friday, March 19, 2010

SUHAZLI ANTARA YANG CEMERLANG SPM 2009

Seorang calon OKU adalah merupakan salah seorang calon cemerlang SPM SMK Ketereh bagi tahun 2009. Beliau telah mendapat 7A dan 4B, manakala calon cemerlang keseluruhan SMK Ketereh bagi tahun ini ialah Siti Hajar bt Zainuddin yang mendapat 9A. Peratus keseluruhan sekolah ialah 97.3%. Dalam ucapannya, Puan Pengetua Puan Hajah Rohani Yusuf telah mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan berharap SMK Ketereh mampu mendapat keputusan 100% pada tahun hadapan. Berikut adalah beberapa gambar yang saya sempat rakam...

Siti Hajar sedang menerima slip peperiksaan daripada Puan Pengetua


(atas) Suhazli dan ibu bersama Puan Pengetua
dan gambar ketika sedang ditemuramah oleh para wartawan












Wajah-wajah kegembiraan kerana telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM









Tuesday, March 9, 2010

MAJLIS RUNDING CARA BERSAMA IBU BAPA CALON PMR, SPM DAN STPM KALI 1 2010

Majlis Runding Cara Ibu Bapa Calon PMR, SPM dan STPM bagi kali yang pertama telah diadakan pada 6 Feb 2010 yang baru lalu. Majlis tersebut telah mendapat sambutan yang sangat positif dari para ibu bapa dan hampir 96% ibu bapa telah hadir. Antara pengisian yang dibuat dalam majlis tersebut adalah ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh En. Abdul Rasab bin Mamat, Pegawai Khas Kaunseling, PPD Tanah Merah. Pada akhir program, ibu bapa telah diberi peluang berdialog dengan guru-guru mata pelajaran anak-anak mereka bagi mengetahui masalah


























PERISTIWA SEPANJANG BULAN JANUARI - MAJLIS PELANCARAN BULAN PENGHAYATAN DISIPLIN DAN PENTAULIAHAN PENGAWAS

Pelancaran Bulan Penghayatan Disiplin dan Pentauliahan Pengawas telah diadakan pada 31 Januari 2010 bertempat di Dewan Terbuka SMK Ketereh. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Puan Meriam bt Mohmed. Antara objektif program tersebut adalah bagi melahirkan pelajar yang sentiasa menghormati guru, kakitangan sekolah dan masyarakat luar. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang kondusif dan selesa untuk pelajar. Majlis tersebut telah berjalan dengan jayanya.