Program Orientasi Pelajar Tingkatan Empat telah pun berakhir pada 5 Januari 2010 yang baru lalu. Program ini berjalan selama tiga hari bermula pada 3 Januari 2010 bertempat di Dewan Kassim Ahmad. Rasional program ini adalah untuk pendedahan kepada para pelajar mengenali situasi pembelajaran pada peringkat menengah atas. Selain itu mereka juga didedahkan dengan pengetahuan menengah atas dari aspek pentadbiran sekolah, hala tuju aliran yang dipelajari dan mewujudkan hubungan yang erat antara guru dan pelajar tingkatan empat di sekolah ini.
Pada sessi petang, pelajar-pelajar tingkatan satu pula telah mengikuti Program Orieantasi Pelajar Tingkatan Satu bagi tahun 2010 ini. Mereka telah didedahkan dengan situasi persekolahan peringkat menengah. Ini kerana mereka sekarang sedang berada pada fasa perubahan dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Program in i telah dianjurkan oleh Unit Kaunseling sekolah dan telah pun berakhir dengan jayanya. Ianya berjalan mengikut jadual sebagaimana yang dirancangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment