Tuesday, January 19, 2010

SEORANG GURU SMK KETEREH BERTUKAR

Seorang guru SMK Ketereh En. Yusuf bin Hassan, telah diluluskan permohonan pertukarannya dan kini mula mengajar di SMK. Kubang Kerian 2. Beliau telah mencurahkan khidmat baktinya di SMK Ketereh selama 10 tahun bermula tahun 2000. Sepanjang berada di SMK Ketereh, En. Yusuf telah diamanahkan mengajar mata pelajaran Matematik. Beliau juga adalah Setiausaha Peperiksaan SPM. Kami warga SMK Ketereh mengucapkan selamat bertugas di tempat baru.

Saturday, January 9, 2010

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN ENAM MENGIKUTI UCAPAN MENTERI PELAJARAN SECARA LANGSUNG




Seramai 200 orang pelajar tingkatan enam telah mengikuti ucapan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3 pada hari Khamis 7 Januari 2010. Antara yang turut mengikuti siaran langsung tersebut ialah Pengetua SMK Ketereh, Pn. Hjh Rohani Yusof. Guru-guru tingkatan enam juga turut sama mengikuti ucapan sempena tahun baru. Walaupun tidak dapat mengikuti siaran tersebut sepenuhnnya, namun sedikit sebanyak apa yang diperkatakan oleh Menteri Pelajaran dapat difahami.

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN EMPAT BERAKHIR DENGAN JAYANYA.

Program Orientasi Pelajar Tingkatan Empat telah pun berakhir pada 5 Januari 2010 yang baru lalu. Program ini berjalan selama tiga hari bermula pada 3 Januari 2010 bertempat di Dewan Kassim Ahmad. Rasional program ini adalah untuk pendedahan kepada para pelajar mengenali situasi pembelajaran pada peringkat menengah atas. Selain itu mereka juga didedahkan dengan pengetahuan menengah atas dari aspek pentadbiran sekolah, hala tuju aliran yang dipelajari dan mewujudkan hubungan yang erat antara guru dan pelajar tingkatan empat di sekolah ini.

Pada sessi petang, pelajar-pelajar tingkatan satu pula telah mengikuti Program Orieantasi Pelajar Tingkatan Satu bagi tahun 2010 ini. Mereka telah didedahkan dengan situasi persekolahan peringkat menengah. Ini kerana mereka sekarang sedang berada pada fasa perubahan dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Program in i telah dianjurkan oleh Unit Kaunseling sekolah dan telah pun berakhir dengan jayanya. Ianya berjalan mengikut jadual sebagaimana yang dirancangkan.