Sunday, April 18, 2010

YB DATUK HJ ALWI MERASMIKAN MEYUARAT AGUNG PIBG SMKK





































SEKITAR PELANCARAN BULAN SAINS SOSIAL DI SMKK

Bulan April telah diumumkan sebagai bulan Sains Sosial peringkat SMK Ketereh. Tema yang dipilih bagi tahun ini ialah 'Cemerlang Akademik, Cemerlang Sahsiah'. Banyak program telah disusun atur bagi mengisi aktiviti bulan tersebut seperti pertandingan mendeklamasi sajak, pertandingan menulis esei dan beberapa aktiviti yang berkaitan. Adalah diharapkan bulan Sains Sosial ini akan berjalan dengan baik dan mencapai matlamatnya.




















Friday, March 19, 2010

SUHAZLI ANTARA YANG CEMERLANG SPM 2009

Seorang calon OKU adalah merupakan salah seorang calon cemerlang SPM SMK Ketereh bagi tahun 2009. Beliau telah mendapat 7A dan 4B, manakala calon cemerlang keseluruhan SMK Ketereh bagi tahun ini ialah Siti Hajar bt Zainuddin yang mendapat 9A. Peratus keseluruhan sekolah ialah 97.3%. Dalam ucapannya, Puan Pengetua Puan Hajah Rohani Yusuf telah mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan berharap SMK Ketereh mampu mendapat keputusan 100% pada tahun hadapan. Berikut adalah beberapa gambar yang saya sempat rakam...

Siti Hajar sedang menerima slip peperiksaan daripada Puan Pengetua


(atas) Suhazli dan ibu bersama Puan Pengetua
dan gambar ketika sedang ditemuramah oleh para wartawan












Wajah-wajah kegembiraan kerana telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM









Tuesday, March 9, 2010

MAJLIS RUNDING CARA BERSAMA IBU BAPA CALON PMR, SPM DAN STPM KALI 1 2010

Majlis Runding Cara Ibu Bapa Calon PMR, SPM dan STPM bagi kali yang pertama telah diadakan pada 6 Feb 2010 yang baru lalu. Majlis tersebut telah mendapat sambutan yang sangat positif dari para ibu bapa dan hampir 96% ibu bapa telah hadir. Antara pengisian yang dibuat dalam majlis tersebut adalah ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh En. Abdul Rasab bin Mamat, Pegawai Khas Kaunseling, PPD Tanah Merah. Pada akhir program, ibu bapa telah diberi peluang berdialog dengan guru-guru mata pelajaran anak-anak mereka bagi mengetahui masalah


























PERISTIWA SEPANJANG BULAN JANUARI - MAJLIS PELANCARAN BULAN PENGHAYATAN DISIPLIN DAN PENTAULIAHAN PENGAWAS

Pelancaran Bulan Penghayatan Disiplin dan Pentauliahan Pengawas telah diadakan pada 31 Januari 2010 bertempat di Dewan Terbuka SMK Ketereh. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Puan Meriam bt Mohmed. Antara objektif program tersebut adalah bagi melahirkan pelajar yang sentiasa menghormati guru, kakitangan sekolah dan masyarakat luar. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang kondusif dan selesa untuk pelajar. Majlis tersebut telah berjalan dengan jayanya.














































Tuesday, January 19, 2010

SEORANG GURU SMK KETEREH BERTUKAR

Seorang guru SMK Ketereh En. Yusuf bin Hassan, telah diluluskan permohonan pertukarannya dan kini mula mengajar di SMK. Kubang Kerian 2. Beliau telah mencurahkan khidmat baktinya di SMK Ketereh selama 10 tahun bermula tahun 2000. Sepanjang berada di SMK Ketereh, En. Yusuf telah diamanahkan mengajar mata pelajaran Matematik. Beliau juga adalah Setiausaha Peperiksaan SPM. Kami warga SMK Ketereh mengucapkan selamat bertugas di tempat baru.

Saturday, January 9, 2010

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN ENAM MENGIKUTI UCAPAN MENTERI PELAJARAN SECARA LANGSUNG




Seramai 200 orang pelajar tingkatan enam telah mengikuti ucapan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3 pada hari Khamis 7 Januari 2010. Antara yang turut mengikuti siaran langsung tersebut ialah Pengetua SMK Ketereh, Pn. Hjh Rohani Yusof. Guru-guru tingkatan enam juga turut sama mengikuti ucapan sempena tahun baru. Walaupun tidak dapat mengikuti siaran tersebut sepenuhnnya, namun sedikit sebanyak apa yang diperkatakan oleh Menteri Pelajaran dapat difahami.

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN EMPAT BERAKHIR DENGAN JAYANYA.

Program Orientasi Pelajar Tingkatan Empat telah pun berakhir pada 5 Januari 2010 yang baru lalu. Program ini berjalan selama tiga hari bermula pada 3 Januari 2010 bertempat di Dewan Kassim Ahmad. Rasional program ini adalah untuk pendedahan kepada para pelajar mengenali situasi pembelajaran pada peringkat menengah atas. Selain itu mereka juga didedahkan dengan pengetahuan menengah atas dari aspek pentadbiran sekolah, hala tuju aliran yang dipelajari dan mewujudkan hubungan yang erat antara guru dan pelajar tingkatan empat di sekolah ini.

Pada sessi petang, pelajar-pelajar tingkatan satu pula telah mengikuti Program Orieantasi Pelajar Tingkatan Satu bagi tahun 2010 ini. Mereka telah didedahkan dengan situasi persekolahan peringkat menengah. Ini kerana mereka sekarang sedang berada pada fasa perubahan dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Program in i telah dianjurkan oleh Unit Kaunseling sekolah dan telah pun berakhir dengan jayanya. Ianya berjalan mengikut jadual sebagaimana yang dirancangkan.