Thursday, December 31, 2009

BLOK PENTADBIRAN SMK KETEREH TERBAKAR

31 Disember (Khamis), sehari sebelum menutup tirai tahun 2009, pejabat pentadbiran SMK Ketereh telah terbakar. Kebakaran yang berlaku pada pukul 11.10 minit pagi itu dipercayai akibat litar pintas. Sebelum berlakunya kebakaran, semua lampu di pejabat pentadbiran telah terpadam dengan tiba-tiba. Tiga minit selepas ketiadaan letrik, kelihatan asap berkepul-kepul keluar dari bilik fail yang juga terdapat sebuah mesin pencetak. Seorang guru dan dua orang kakitangan yang kebetulan berada di tempat kejadian telah cuba untuk memadamkan kebakaran tersebut tetapi gagal apabila api marak dengan begitu cepat.

Antara bilik yang terlibat ialah bilik PK 1, bilik PK HEM, bilik PK KO dan sebahagian bilik MPV (katering). Pihak bomba balai Ketereh dengan dibantu bomba Kem Desa Pahlawan telah berjaya mengawal kebakaran kira-kira 1 jam kemudian. Taksiran awal oleh pihak bomba menjangkakan kerugian sebanyak RM400 ribu, tidak termasuk kerosakan bangunan.

Pengarah Pelajaran Kelantan Tn. Hj. Mohd Ghazali Ab. Rahman dan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu, Tn. Hj. Che Ab. Aziz bin Hj. Daud turut melawat tempat kejadian




























































































Thursday, December 24, 2009

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR DI SMK KETEREH

Keputusan PMR telahpun diumumkan pada 24 December 2009 bersamaan hari Khamis. SMK Ketereh telah memperolehi keputusan yang agak cemerlang. Peratus kelulusan pada tahun ini adalah sebanyak 56.8% berbanding tahun lepas 66.9%. Walaupun peratus keseluruhan mengalami sedikit penurunan, namun jumlah pelajar yang cemerlang telah meningkat. Seramai 18 orang telah mendapat 7A hingga 9A. Berikut adalah wajah pelajar-pelajar yang cemerlang